Friday, July 12, 2013

Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta

MEMAHALKAN DIRI

Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia. Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran.Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan. Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita. Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

Marilah, mahalkan diri kita. Biarlah orang lelaki cakap kita ego ke sombong ke..tapi kita telah membuat benda yang betul.

No comments:

Post a Comment